SAUDARA PENGARANG, PERBUATAN pemilik lori sewa tidak bertanggungjawab meletak sederet kenderaan di tempat parkir kereta tepi jalan utama berhampiran kawasan gerai makanan Pandan Jaya, Ampang Jaya, Selangor menyusahkan banyak pihak. Ini kerana sekurang-kurangnya enam buah lori besar diletak pada satu-satu masa atau terus tidak beralih kedudukannya hingga berminggu-minggu. Ia melindungi pandangan orang ramai ke sebelah kanan ketika mahu melintas jalan raya sekali gus dikhuatiri boleh menyebab pejalan kaki dilanggar kenderaan…










