Paras Sungai Golok makin surut - Utusan Malaysia

Paras Sungai Golok makin surut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS – Cuaca panas di Kelantan sejak dua minggu lepas menyebabkan paras air Sungai Golok yang menjadi ‘batu sempadan’ antara Malaysia dan Thailand di negeri ini semakin susut.

Tinjauan Bernama ke Rantau Panjang di sini mendapati keadaan itu menyebabkan pembentukan beting pasir di tengah sungai sekali gus menyebabkan kesukaran kepada pengusaha bot penambang me­lakukan aktiviti mereka.

Selain itu, tinjauan dekat Kampung Jeram Perdah di sini pula mendapati jarak antara Malaysia dengan Thailand menjadi ‘lebih dekat’ berikutan sungai tersebut menjadi seperti parit dengan jarak kira-kira 4 meter.

Memuatkan artikel berkaitan…

Berikutan itu, penduduk yang tinggal berdekatan boleh menyeberang ke negara jiran secara berjalan kaki sahaja kerana batu yang berada di tengah sungai sudah timbul dan rapat ke negara jiran.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini