‘Panggil saya Ronaldo’ - Utusan Malaysia

‘Panggil saya Ronaldo’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 2 Mac – Selepas menjaringkan dua gol ketika menentang Watford, Sadio Mane mahu rakan sepasukannya memanggilnya Cristiano Ronaldo.

Mane berseloroh bersama rakan sepasukan supaya dia dipanggil Ronaldo selepas berjaya memainkan peranan cemerlang menggantikan Roberto Firmino. Mane meledak dua gol bagi membolehkan pendahulu Liga Perdana Inggeris itu membelasah Watford 5-0 untuk mengekalkan kelebihan satu mata mengatasi Manchester City.

Firmino terlepas perlawanan tersebut, selepas mengalami kecederaan buku lali dan Jurgen Klopp meminta Mane mengisi tempat pemain Brazil itu. Bintang Senegal itu sedia untuk memainkan peranan selaku penyerang sekali lagi, jika rakan sepasukan memangilnya Ronaldo.

“Sejujurnya saya agak terkejut. Saya tidak pernah bermain dalam posisi itu. Saya sangat gementar. Sebelum perlawanan, Klopp memanggil saya dan berkata, ‘Terdapat beberapa pertukaran, Mane, awak perlu bermain dalam posisi nombor sembilan’.

“Saya melihat ke arah rakan sepasukan, sambil tertawa saya kata kepada mereka untuk mempercayai saya. Panggil saya Ronaldo atau Firmino selepas ini dan Gini (Wijnaldum) berkata: ‘Awak perlu jaringkan gol. Jika awak jaringkan gol, kami akan panggil awak Ronaldo.’

“Saya bernasib baik menjaringkan dua gol dan sejujurnya saya tidak kisah. Saya gembira bermain di kiri mahupun kanan atau jurulatih memerlukan saya sebagai penyerang sekali lagi,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN