LONDON 2 Mac – Selepas menjaringkan dua gol ketika menentang Watford, Sadio Mane mahu rakan sepasukannya memanggilnya Cristiano Ronaldo. Mane berjenaka bersama rakan sepasukannya supaya dirinya dipanggil Ronaldo selepas berjaya memainkan peranan cemerlang menggantikan Roberto Firmino. Mane meledak dua gol bagi membolehkan pendahulu Liga Perdana Inggeris membelasah Watford 5-0 untuk mengekalkan kelebihan satu mata mengatasi Manchester City. Firmino terlepas aksi itu selepas mengalami kecederaan buku lali dan Jurgen Klopp meminta…










