Pakistan hadkan ruang udara - Utusan Malaysia

Pakistan hadkan ruang udara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KASHMIR 3 Mac  – Kashmir kekal dalam kea­daan tegang hari ini ketika anggota keselamatan India meneruskan usaha mengusir kumpulan pemisah buat hari ketiga berturut-turut di daerah Kupwara.

Pertempuran tercetus sejak pagi Jumaat lalu apabila anggota keselamatan melancarkan operasi mencari dan mengepung di kawasan Babagund di daerah berkenaan.

Lapor agensi berita India Today, tiga anggota Pasukan Polis Simpanan Pusat (CRPF) dan dua anggota polis Jammu dan Kashmir disahkan maut dalam pertempuran yang berlanjutan selama kira-kira 60 jam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dua anggota pemisah turut terbunuh dalam pertempuran tersebut.

Dalam insiden berasingan, pertempuran turut berlaku di kem Dachoo milik tentera cawangan 44 Rashtriya Rifles (RR) di Shopi­an.

Menurut polis, anggota tentera melepaskan tembakan selepas mengesan ‘pergerakan yang mencurigakan’ namun tiada korban atau kecederaan dilaporkan.

Sejak lima hari lalu, terdapat 51 pencabulan gencatan senjata di sepanjang Garisan Kawalan oleh tentera Pakistan di daerah Rajouri dan Poonch yang mengakibatkan empat orang awam maut manakala lagi cedera.

Pertempuran yang berlaku pada Jumaat lalu beberapa kali reda namun pemisah melepaskan tembakan sejurus anggota keselamatan mara ke arah tempat persembunyian mereka.

“Orang ramai diminta bekerjasama dengan polis supaya tidak menghampiri zon pertempuran sehingga kawasan itu dibersihkan dari sebarang bahan letupan,” kata kenyataan tersebut.

Dalam perkembangan berkai­tan, Pemimpin Persidangan Na­sio­nal, Omar Abdullah serta Ke­tua Menteri Jammu dan Kashmir, Meh­booba Mufti melahirkan kebimbangan berhubung langkah India mengharamkan Jamaat-e-Islami (JeI) selama lima tahun.

“Tiada sebarang pendapat ba­­hawa pengharaman ini akan mem­bantu meningkatkan situasi terkini,” kata Omar menerusi Twitter beliau.

Dalam perkembangan berlainan, Pakistan terus mengehadkan pembukaan ruang udara untuk penerbangan komersial yang di­jang­ka ditarik balik esok pada pukul 1 petang waktu tempatan.

Lapor Al-Jazeera yang memetik pihak berkuasa penerbangan awam Pakistan sebagai berkata, operasi penerbangan hanya di­bu­ka di Lapangan Terbang An­tarabangsa Allama Iqbal, timur bandar Lahore. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini