Paip bocor punca tanah runtuh belakang Perpustakaan Negara - Utusan Malaysia

Paip bocor punca tanah runtuh belakang Perpustakaan Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kebocoran paip air Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dipercayai menjadi punca runtuhan tanah di belakang Perpustakaan Negara di Jalan Tun Razak di sini petang tadi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 5.06 petang.

“Kami segera mengerahkan seramai enam anggota dan pegawai bersama sebuah jentera dari Balai  Bomba dan Penyelamat Jalan Tun Razak ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, pasukan bomba yang tiba di lokasi kejadian mendapati terdapat pergerakan tanah yang berpunca dari kebocoran pair air namun tidak melibatkan struktur bangunan.

Katanya, anggota bomba telah memastikan keadaan selamat untuk orang awam dan tiada kemalangan  jiwa dilaporkan berlaku. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini