KUALA LUMPUR 27 Mac – Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar akan dipanggil Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk memberikan keterangan berhubung kontrak pelaksanaan sistem permit masuk kenderaan (VEP). Pengerusi PAC, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, Ismail akan dipanggil untuk melengkapkan siasatan kerana ketika pelaksanaan kontrak tersebut beliau merupakan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan. “Kita juga akan memanggil syarikat yang terlibat dalam kontrak tersebut dan selepas semua saksi…










