LANGKAWI 29 Mac – Ribuan pengunjung mula menyerbu Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini bagi menyaksikan secara lebih dekat Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA ’19). Jumaat merupakan hari pertama pameran antara yang terulung dunia itu dibuka kepada orang awam, sekali gus tidak mahu melepaskan peluang untuk merasai kehebatan persembahan pertunjukan udara selain teknologi persenjataan terkini. Rata-rata pengunjung mula berbaris seawal pukul 8 pagi biarpun pusat pameran yang terletak di Padang Matsirat itu hanya dibuka sejam kemudian. Pada sebelah pagi, orang ramai disajikan dengan persembahan-persembahan udara membabitkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya