Orang pribumi Brazil sedia berperang dengan kerajaan - Utusan Malaysia

Orang pribumi Brazil sedia berperang dengan kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAMPO NOVO DE RONDONIA, Brazil – Kaum pribumi Brazil, Uru-eu-wau-wau yang tinggal di beberapa perkampungan dekat sini dilaporkan bersiap sedia untuk menghadapi apa jua kemungkinan termasuk berperang dengan kerajaan bagi melindungi tanah dan hutan mereka daripada diterokai untuk tujuan pembangunan.

Presiden baharu Brazil, Jair Bolsonaro baru-baru ini berkata: “Kawasan Orang Asli memiliki mineral. emas, tin dan magnesium yang berada di dalam tanah-tanah tersebut (tanah Orang Asli) terutamanya di Amazon, kawasan paling kaya di dunia. Saya tidak akan masuk campur untuk mempertahankan tanah kaum pribumi.”

Pada ketika sejarah menunjukkan kawasan Orang Asli dilindungi namun kehadiran penceroboh bersenjata mesin gergaji dan parang yang didorong kenyataan Presiden Brazil itu yang membuka jalan ke arah pembangunan telah meresahkan puak tersebut.

Keadaan ini menyebabkan puak pribumi Uru-eu-wau-wau tidak ada pilihan selain menajamkan anak panah dan bersiap sedia mempertahankan kediaman mereka daripada diceroboh. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN