WASHINGTON 15 Mac – Semua pesawat Boeing MAX 8 dan MAX 9 akan kekal digantung operasi sekurang-kurangnya sehingga Mei ini susulan nahas Ethiopian Airlines dekat Addis Ababa pada Ahad lalu. Menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), pesawat itu tidak akan diterbangkan sehingga perisian sistem penerbangan diuji dan dinaik taraf. BBC melaporkan, nahas melibatkan pesawat 737 MAX 8 milik Ethiopian Airlines adalah kejadian kedua selepas Lion Air di Indonesia pada Oktober tahun…










