OIC diminta bela nasib umat Islam - Utusan Malaysia

OIC diminta bela nasib umat Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Mac – Umat Islam hari ini laksana sampah-sarap dan buih yang tidak bermaya dihanyutkan arus diskriminasi secara terus-menerus.

Itulah luahan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerusi catatan mengenai kri­sis di Kashmir, Pakistan dan India dalam laman sosial Facebook beliau, hari ini.

Sehubungan itu, Abdul Ha­di menerusi catatan itu meng­harap­kan kerjasama dalam ka­la­ngan negara-negara Islam menerusi Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi membela nasib umat Islam daripada terus ditindas pihak tidak bertanggungjawab.

Memuatkan artikel berkaitan…

Abdul Hadi malah menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan pungu­tan suara secara demokratik bagi menangani krisis itu khususnya melibatkan wilayah Kash­mir, Pakistan dan India.

“Malangnya dunia yang dikatakan moden ini sentiasa tidak berpihak kepada umat Islam di mana-mana sahaja dan umat Islam terus dijadikan mangsa ke­zaliman yang tidak dibela oleh masyarakat antarabangsa seper­ti juga di Palestin, Rohingya dan Uighur.

“Kita mengharapkan kerja­sama OIC dapat berfungsi bagi membela nasib umat Islam di tengah masyarakat antarabangsa secara adil dan menghormati konsep hak asasi manusia yang meninggalkan era kolonialisme bagi menangani krisis yang berpanjangan ini. Namun umat Islam menjadi laksana sampah sarap dan buih yang tidak bermaya dihanyutkan arus diskriminasi yang terus-menerus,” katanya.

Konfrontasi Pakistan-India dilihat bertambah buruk dengan Islamabad mendakwa menembak jatuh dua pesawat tempur India hari ini, sehari selepas New Delhi melancarkan serangan udara di wilayah pertikaian Kashmir sejak bulan lalu.

Abdul Hadi berkata, negara OIC perlu memainkan peranan masing-masing untuk menghentikan krisis tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini