OCBC Bank perkenal DPM Berbilang Pengurus - Utusan Malaysia

OCBC Bank perkenal DPM Berbilang Pengurus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Mac – OCBC Bank (Malaysia) Berhad (OCBC Bank) melancarkan perkhidmatan pengurusan portfolio budi bicara berbilang pengurus (DPM Berbilang Pengurus) yang unik khas buat pelanggan persendirian OCBC Premier.

Ketua Perkhidmatan Kewangan Pengguna OCBC Bank, Lim Wyson berkata, langkah itu sejajar dengan usaha berterusan OCBC untuk menyesuaikan produk dengan lebih khusus bagi individu bernilai bersih tinggi (HNWI) iaitu mereka yang memiliki aset di bawah pengurusan lebih RM3 juta.

Menurut beliau, DPM Berbilang Pengurus dilaksanakan berasaskan maklum balas pelanggan bank yang menyatakan bahawa pilihan pengurusan portfolio adalah terhad dalam industri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Laporan Kekayaan Dunia 2018 menunjukkan bahawa HNWI dengan mandat budi bicara cenderung mencatatkan prestasi lebih baik berbanding dengan pendekatan hala tuju sendiri. Oleh itu, kami membuat keputusan menyediakan saluran baharu yang boleh dimanfaatkan oleh golongan ini.

“Kami tidak boleh menjamin pengurus dana tunggal akan terus mengungguli prestasi pasaran pada setiap masa, tetapi akan berusaha gigih untuk memastikan ia berfungsi dengan baik dengan menetapkan rangka kerja pemeriksaan dan pemantauan untuk menilai rangkaian pengurus dana tempatan serta global kami yang luas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini