SEWAKTU menyertai program realiti Gegar Vaganza (GV) musim kelima pada tahun lalu, penyanyi Noryn Aziz memang antara nama yang disebut-sebut sebagai juara. Ternyata, telahan umum itu tidak meleset apabila dia berjaya membuktikan bahawa gelaran itu sememangnya merupakan hak miliknya yang sudah dibawa sejak empat bulan lalu. Penglibatannya dalam program itu ternyata memberi satu perubahan drastik terhadap landskap dirinya sebagai anak seni dalam industri hiburan tempatan. Mana tidaknya, sebelum menyertai GV,…










