Noorul Ariffin pengerusi baharu Yakeb - Utusan Malaysia

Noorul Ariffin pengerusi baharu Yakeb

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Mac – Kementerian Belia dan Sukan hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed sebagai Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) yang baharu berkuat kuasa 8 Mac hingga 7 Mac, 2021.

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam satu kenyataan rasmi hari ini berkata pihaknya berharap melalui pelantikan tersebut dapat membantu perjalanan operasi Yakeb dengan lebih baik.

“Saya berharap pelantikan ini akan membuka peluang penaja-penaja membantu Yakeb serta dapat membantu bekas atlet dengan bantuan yang bersesuaian termasuklah melaksanakan beberapa inisiatif yang telah diluluskan oleh kerajaan,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Noorul Ariffin, 54, yang juga anggota Yakeb sejak tahun 2008 pernah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Yakeb pada 2016 sehingga kini.

Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Naib Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dan Presiden Persatuan Olahraga Johor.

Di samping itu, beliau juga adalah bekas atlet olahraga negara dari tahun 1983 hingga 1995 yang mana beliau telah menyertai acara 3,000 meter lari berhalangan dan mewakili negara ke Sukan SEA pada 1989.

Sebagai atlet, beliau pernah meraih pingat emas pada Kejohanan Olahraga Terbuka Antarabangsa Malaysia pada tahun 1993.- BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini