KUALA PERLIS 30 Mac – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mengajak mana-mana nelayan khususnya yang tidak menerima Elaun Sara Hidup Nelayan (EHSN) yang diberikan oleh kerajaan supaya mencarum menerusi Skim Insurans Nelayan Berkelompok LKIM. Ketua Pengarahnya, Jamaludin Othman berkata daripada kira-kira 99,000 nelayan berdaftar dengan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) seluruh negara dan lembaga itu pada masa ini, hanya 33,000 sahaja yang menerima EHSN dan secara automatik mencarum kepada skim itu. Beliau berkata walaupun mereka digalakkan mencarum skim ini, hanya nelayan yang turun ke laut sahaja yang mencarum tetapi tidak nelayan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya