Negeri Sembilan kedua terbaik SPM - Utusan Malaysia

Negeri Sembilan kedua terbaik SPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 14 Mac – Negeri Sembilan muncul negeri kedua terbaik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018, sekali gus mengekalkan kedudukan tersebut buat tahun ketiga berturut-turut.

Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Pkharuddin Ghazali berkata, negeri ini mencatat Gred Purata Negeri (GPN) sebanyak 4.67 mata berbanding 4.71 mata pada 2017.

“Seramai 437 daripada 14,548 calon memperoleh keputusan gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, seramai 20 orang daripada lapan sekolah kerajaan memperoleh pangkat A+ dalam semua mata pelajaran yang diduduki,” katanya dalam sidang akhbar mengumumkan keputusan SPM 2018 di Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Munawir di sini hari ini.

Menurut Pkharuddin, pencapaian calon di bandar mengikut nilai GPN adalah menurun sebanyak 0.02 mata apabila mencatat 4.67 mata pada tahun 2018 berbanding 4.65 mata pada 2017.

“Pencapaian calon di luar bandar pula meningkat sebanyak 0.14 mata iaitu 4.69 mata berbanding 4.83 mata pada 2017. Ini pencapaian membanggakan kerana jurang antara calon bandar dan luar bandar dapat dikecilkan,” katanya

Pkharuddin turut mengumumkan SMS Tuanku Munawir sebagai sekolah terbaik di negeri ini diikuti Kolej Tunku Kurshiah, SMS Tuanku Aishah Rohani, Sekolah Dato’ Abdul Razak dan SMS Rembau. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini