BANDUNG 9 Mac – Calon Presiden (Capres) Indonesia nombor dua, Prabowo Subianto berjanji untuk membanteras rasuah sekiranya memenangi pilihan raya Presiden (Pilpres) 2019. Tribunnews melaporkan, Prabowo menyifatkan Indonesia kini berada dalam keadaan yang buruk disebabkan amalan rasuah yang berleluasa di negara ini. “Nanti ada yang bertanya di mana buktinya? Sekiranya diberi mandat daripada rakyat, saya akan mencari bukti-bukti rasuah tersebut. “Kemudian mengejar mereka yang terlibat dalam rasuah. Sekiranya perlu ke…










