KUALA SELANGOR – Penyakit tidak berjangkit (NCD) dikesan antara menjadi penyebab utama purata jangka hayat rakyat Malaysia tidak dapat ditingkatkan, hanya mencapai sekitar usia 75 tahun, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad. Beliau berkata, ini kerana kesedaran masyarakat di Malaysia terhadap NCD serta komplikasinya dilihat masih rendah berbanding rakyat negara lain yang sentiasa berusaha memanjangkan jangka hayat mereka. Mengambil contoh darah tinggi serta diabetis daripada kelompok penyakit NCD, Dzulkefly memberitahu, 50 peratus daripada pesakit yang dirawat di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak menyedari yang mereka menghidapi penyakit…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya