NAK NIKAH DAH... - Utusan Malaysia

NAK NIKAH DAH…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGGUH! Mary tumpang rasa seronok apabila mendapat tahu, pelakon cantik Bella Dally khabarnya tidak lama lagi bakal menamatkan zaman jandanya.

Setelah hampir 10 bulan bercerai dengan pelakon Nazim Othman, Bella yang mengikat tali pertunangan dengan seorang usahawan pada 12 Januari lalu dikatakan akan melangsungkan pernikahan pada 30 Mac ini.

Itu maklumat yang Mary dapat dan yang lain-lain masih dirahsiakan lagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selama tempoh berkenalan dan bertunang, satu yang Mary perasan Bella tak begitu mendedahkan sangat siapakah gerangan pemuda tersebut.

Cuma memperkenalkan tunangnya dengan panggilan Arif, Bella nampaknya lebih senang untuk bersikap low-profile dan tidak terlalu ghairah dengan publisiti.

Iyalah, mungkin Bella segan andai kata dia berlebih-lebihan, orang akan mengata atau mengutuk pula bukan?

Sedangkan pada Mary, biarlah dia menikmati bahagia yang dimiliki sebab kita tak tahu apa yang dilaluinya selama ini.

Jujurnya Mary tumpang gembira dengan kebahagiaan Bella kerana tahu bukan mudah untuk seorang wanita berdikari dengan terpaksa pula memegang status janda.

Bukan apa, orang kita ni kalau sebut janda atau ibu tunggal sahaja mula nampak yang tak baik sahaja. Sedangkan masing-masing tak tahu apa yang mereka alami dan adakalanya perceraian bukanlah apa yang diminta.

Tak apalah Bella. Di kesempatan ini Mary nak ucapkan tahniah lebih awal dan mendoakan agar Bella dan bakal suami kekal bahagia di dunia dan akhirat.

Semoga majlis pernikahan juga berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini