Najib, Zahid tidak hadir pembukaan penggal kedua Parlimen - Utusan Malaysia

Najib, Zahid tidak hadir pembukaan penggal kedua Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak hadir Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Parlimen ke-14 hari ini.

Ketidakhadiran Ahli Parlimen Pekan dan Bagan Datuk itu disahkan oleh ketua pembangkang baharu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Saya tidak pasti mereka di mana. Adakah mungkin Najib perlu berada di mahkamah? Saya juga tidak menyedari yang beliau (Ahmad Zahid) tiada di sini,” katanya semasa ditemui pemberita selepas istiadat pembukaan Parlimen itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa berkenan merasmikan istiadat itu diiringi Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini