NILAI – Tahap empangan air di seluruh negara berada pada tahap memuaskan iaitu melebihi 80 peratus meskipun negara ketika ini sedang mengalami fenomena cuaca panas, kata Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Charles Anthony Santiago. Beliau berkata, setakat ini tiada masalah bekalan air dilaporkan kecuali di Kedah iaitu Merbok dan Tanjung Dawai serta Kota Tinggi, Johor disebabkan masalah pada Loji Rawatan Air (LRA). “Pada masa ini secara amnya tidak ada…










