Muhammad Hafiz jual belon demi kelangsungan hidup - Utusan Malaysia

Muhammad Hafiz jual belon demi kelangsungan hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 4 Mac – Menghidap penyakit urat saraf sejak 12 tahun lalu bukan penghalang kepada Muhammad Hafiz Haikal Sham, 29, mencari rezeki dengan menjual belon di Bazar Karat Jalan Sengget di sini setiap hari ini.

Pemuda orang kurang upaya (OKU) itu membuktikan kesakitan yang ditanggungnya tidak boleh dijadikan alasan untuk mencari sesuap nasi demi meneruskan kehidupan.

Muhammad Hafiz ketika ditemui berkata, penyakit saraf yang dialaminya itu sejak berumur 17 tahun tidak mematahkan semangatnya mencari duit untuk menampung keperluan harian.

“Saya mula berniaga belon sejak tahun 2010 dan Alhamdulillah barangan itu mendapat permintaan kanak-kanak.

“Walaupun hidup saya berubah dari insan normal kepada OKU namun saya tidak mengalah dan mengharapkan ihsan orang ramai untuk meneruskan kehidupan ini,” katanya yang menggunakan kerusi roda sambil menjual belon di sini baru-baru ini.

Muhammad Hafiz menambah, dia mendapatkan bekalan belon di Kuala Lumpur dan menjualnya di bazar tersebut bermula pukul 8 malam sehingga 12 tengah malam setiap hari.

Katanya, kepelbagaian jenis belon helium itu yang memiliki reka bentuk serta watak kartun dijual pada harga RM9.

“Setiap hari saya berniaga di sini dengan purata pendapatan tidak menentu. Namun, saya bersyukur kerana setiap hari bazar ini tidak pernah sunyi,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN