PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengesahkan bahawa pelajar Malaysia yang ditemukan meninggal dunia di sebuah tasik di Hyde Park, London, Muhammad Hafiz Zainal, 23, merupakan pelajar di bawah tajaan JPA dalam bidang Kimia di Imperial College London (ILC). Jabatan itu dalam satu kenyataan berkata, Pejabat Penasihat Latihan (PPL) JPA di London dengan kerjasama pihak Konsular Suruhanjaya Tinggi Malaysia London akan membantu dari segi urusan keluarga dan pengurusan jenazah pelajar tesebut.…










