INDIAN WELLS – Pemain berusia 18 tahun dari Kanada, Bianca Andreesc sekali lagi melakukan kejutan apabila menumbangkan pemegang dua gelaran Grand Slam, Garbine Muguruza 6-0, 6-1 untuk mara ke peringkat suku akhir Terbuka Indians Wells awal pagi semalam.
Ia satu tamparan hebat buat bintang Sepanyol, Muguruza apabila tewas kepada pemain wildcard tersebut apabila Andreesc hanya memerlukan 52 minit untuk menewaskan bekas jaguh dunia No. 1 dunia pada perlawanan suku akhir.
Sebelum ini, Andreesc pernah melakukan kejutan menyingkirkan beberapa nama besar dalam kejohanan penting antaranya Caroline Wozniacki dan Venus Williams.
“Saya turun pada perlawanan ini untuk menang dan saya tidak pernah lihat siapa lawan yang akan berdepan pada saingan tersebut. Jelas ia membantu saya untuk meraih kemenangan hari ini (semalam).
“Saya bermain dengan corak bertahan dan meletakkan tekanan serta mengubah taktik lawan. Saya tidak sangka mampu meraih kemenangan dan jelas ia adalah detik manis bagi saya. Apa pun perlawanan masih belum berakhir dan saya terus berusaha dengan lebih gigih,” katanya.
Andreescu dilihat tidak akan berdepan laluan mudah pada perlawanan separuh akhir di mana di akan berdepan pemain rangking ketujuh dunia, Elina Svitolina selepas pemain Ukraine tersebut menumbangkan jaguh Republik Czech, Marketa Vondrousova 4-6, 6-4, 6-4. – Agensi










