Mueller terkejut Bayern dapat kejar Dortmund - Utusan Malaysia

Mueller terkejut Bayern dapat kejar Dortmund

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN 3 Mac.- Thomas Muller mengakui terkejut Bayern Munich mampu mengejar pendahulu Bundesliga, Borussia Dortmund ketika mereka ketinggalan sembilan mata sebelum ini.

Bayern kini berkongsi mata dengan Dortmund selepas melakar kemenangan besar 5-1 mengatasi Borussia Moenchengladbach, awal pagi tadi.

Turut membantu Bayern berkongsi mata, apabila Dortmund tewas mengejut 1-2 kepada Augsburg, Jumaat lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bayern menggunakan kelebihan ketika Dortmund tewas dengan Robert Lewandowski menjaringkan dua gol dan Javi Martinez, Mueller serta Serge Gnabry juga mencetak nama sebagai penjaring di Stadium Borussia Park.

“Ia hari yang bagus buat kami. Saya tidak ingat kali terakhir kami menang besar di Moenchengladbach.

“Kami tidak fikir boleh mengejar Dortmund secepat ini. Kami lebih baik ketika ini berbanding musim luruh lalu dan kami mahu meneruskannya,” kata Mueller kepada Sky.

Ini adalah kemenangan ke-11 daripada 12 saingan liga buat Bayern, rentetan perlawanan yang membolehkan mereka memadam kelebihan sembilan mata Dortmund dicapai pada Disember dengan ia hanya dibezakan gol dengan kedua-dua pasukan mengumpul 54 mata. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini