KUALA LUMPUR 27 Mac – Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) akan membayar RM3 bagi seekor burung gagak yang berjaya ditembak di kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) itu. Yang Dipertua MPSJ, Noraini Roslan berkata, seramai 30 penembak dijangka akan menyertai Program Menembak Gagak Peringkat MPSJ itu itu pada Sabtu ini. Noraini berkata, program tersebut akan bermula seawal pukul 7 pagi iaitu dengan saringan awal daripada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) termasuk…










