MPSJ rai 600 kakitangan wanita sempena Hari Wanita - Utusan Malaysia

MPSJ rai 600 kakitangan wanita sempena Hari Wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Mac – Kira-kira 600 kakitangan wanita diraikan sempena Sambutan Hari Wanita peringkat Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), semalam.

Majlis penyampaian cenderamata kepada setiap kakitangan wanita disempurnakan oleh Yang Dipertua MPSJ, Noraini Roslan.

Timbalan Pengarah, Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik MPSJ, Azfarizal Abdul Rashid berkata, pihak berkuasa tempatan itu merupakan Bandar Mesra Wanita dengan populasi sebanyak 790,000 penduduk yang mana 43.47 peratus daripadanya adalah golongan wanita.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hari Wanita Antarabangsa yang disambut pada 8 Mac setiap tahun seperti yang diisytiharkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu adalah bagi menghargai wanita serta mengiktiraf pencapaian mereka dalam pelbagai bidang termasuk sosial, ekonomi, politik dan budaya.

“MPSJ menyambut baik tema yang telah ditetapkan pada tahun ini iaitu Fikir Kesaksamaan, Bina dengan Kebijaksanaan, Berinovasi untuk Perubahan,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini