SELAMA ini saya mengikuti bibliografi terbaharu berkenaan Hikayat Nakhoda Ragam yang telah meragut nyawa lebih daripada sepuluh orang penyalin manuskrip. Kalau saudara masih ingat, sepuluh tahun lalu di Pulau Pinang, saudara menunjukkan kepada saya berita kematian seorang lelaki Jawi Peranakan bernama Mohamed Naina Marikan. Umurnya 89 tahun. Dia ditemui mati di tingkat dua, No. 29 Bishop Street. Tubuhnya dilaporkan hancur rentung seperti sekam. Pada waktu itu saya hanya anggap ia…










