Minda progresif, inovatif perlu dipupuk dalam kalangan pelajar - Raja Muda Perlis - Utusan Malaysia

Minda progresif, inovatif perlu dipupuk dalam kalangan pelajar – Raja Muda Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 26 Mac – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menasihatkan golongan pelajar supaya sentiasa memupuk minda yang progresif, inovatif dan berfikiran ke hadapan untuk memajukan diri.

Titah baginda, Institusi pendidikan juga harus berusaha mewujudkan persekitaran yang menggalakkan lagi kreativiti serta membudayakan inovasi dalam kalangan pelajar.

“Selain itu, dalam usaha kita memupuk minat ke arah pembudayaan inovasi dan membantu meningkatkan taraf ekonomi negara, lihatlah juga terhadap aspek akhlak dan keperibadian yang mulia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sehebat mana inovasi dan teknologi yang dihasilkan, ianya tidak akan bermakna jika kita meminggirkan kedua-dua aspek asas ini. Ia haruslah seiringan dengan ketinggian akhlak, budaya, adat resam dan landasan agama yang menjadi pegangan hidup kita,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan merasmikan program Innovation, Project, Presentation And Exhibition (IPRONEX) kali ke-6 di Dewan Harumanis Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), Pauh Putra di sini, hari ini.

Berangkat sama ke program yang turut melibatkan penyertaan daripada insitusi-institusi pengajian dari Thailand dan Indonesia itu ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Politeknik dan Kolej Komuniti, Mohamed Amin Hamat dan Pengarah PTSS, Abdul Malek Hassan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini