Milan perlu yakin dengan kemampuan sendiri - Utusan Malaysia

Milan perlu yakin dengan kemampuan sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN 31 Mac – Gennaro Gattuso meminta AC Milan untuk terus percaya bahawa mereka mampu layak ke saingan Liga Juara-Juara meskipun tewas buat kali kedua berturut-turut kepada Sampdoria.

Milan memiliki rekod 10 kemenangan dalam semua pertandingan dan berada di kedudukan keempat Serie A sebelum tewas 2-3 kepada Inter di laman sendiri sebelum aksi perlawanan antarabangsa.

The Rossoneri terus berdepan masalah selepas kesilapan Gianluigi Donnarumma membolehkan Gregoire Defrel meraih gol kemenangan selepas hanya 33 saat perlawanan bermula.

Memuatkan artikel berkaitan…

Milan kekal berada di kedudukan keempat namun diekori rapat beberapa pasukan dan Gattuso yakin pasukannya akan terus berjuang untuk baki sembilan perlawanan musim ini.

“Pada separuh masa pertama, kami dibolosi dan kami sangat tidak bernasib baik dengan insiden itu.

“Kami terlalu lama memegang bola dan membolehkan mereka kembali ke posisi asal dan itu adalah kesilapan kami.

“Separuh masa kedua berjalan dengan baik tetapi lawan kami bermain dengan kemas. Kami kembali selepas tewas dalam aksi derby dan akhirnya kami tewas dalam tempoh 30 saat.

“Perjalanan amsih panjang, masih ada sembilan perlawanan dan kami harus yakin dengan kemampuan kami,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini