MH17, Australia dan Belanda bincang dengan Rusia - Utusan Malaysia

MH17, Australia dan Belanda bincang dengan Rusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY 27 Mac – Australia dan Belanda sedang berdialog dengan Rusia mengenai siasatan yang sedang berjalan dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines, MH17 ditembak jatuh di Ukraine hampir lima tahun lalu.

Menteri Luar Australia, Marise Payne dan rakan sejawatan Belanda, Stef Bok menyatakan terdapat perkembangan dalam penemuan mereka bertanggungjawab tragedi itu selepas mesyuarat trilateral bersama Rusia awal bulan ini,

Bok berkata, mereka tidak boleh mendedahkan kandungan proses itu kerana ia mempunyai maklumat sulit yang penting di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapun saya boleh memberitahu di sini, kami kekal komited untuk mendapatkan kebenaran, keadilan dan kebertanggungjawaban,” katanya.

Penyiasat antarabangsa sebelum ini menyimpulkan peluru berpandu darat ke udara BUK datang dari briged tentera Rusia berpangkalan di barat daya Kursk.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini