UMNO dan jutaan ahlinya hanya akan menjadi `harimau kertas’ jika mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang sejarah bangsa dan tidak faham falsafah dan hala tuju perjuangan parti.” Demikian saya ungkapkan dengan nada yang agak provocative dalam satu artikel dalam majalah Dewan Masyarakat kira-kira 10 tahun lalu. Pada waktu itu imej ‘harimau kertas’ ini yang sebenarnya secara berbalam-balam mula membayang dalam tubuh UMNO. Dalam kalangan sesetengah nasionalis Melayu, UMNO dianggap semakin apologetik,…










