Mekanik sumbang mahram adik didakwa - Utusan Malaysia

Mekanik sumbang mahram adik didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Perbuatan jahat seorang mekanik sambilan yang tergamak melakukan sumbang mahram terhadap adik kandungnya sendiri dua tahun lalu mengundang padah apabila didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Tertuduh berusia 25 tahun itu mengaku bersalah atas empat pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd. Zain.

Mengikut kesemua pertuduhan, tertuduh yang merupakan anak kedua daripada lima beradik itu dengan sengaja melakukan sumbang mahram terhadap adiknya berusia 14 tahun di sebuah rumah di Sabak Bernam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perbuatan itu dilakukan secara berperingkat sebanyak empat kali bermula 2017 hingga 2018.

Justeru itu, tertuduh berdepan penjara sehingga 30 tahun dan sebatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Raya Hafizah Zahidah Abdullah tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudiannya membenarkan permohonan pihak pendakwaan dengan menetapkan 29 Mac depan sebagai tarikh menjatuhkan hukuman.

Akhbar Kosmo! difahamkan mangsa yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik itu kini masih dirawat di sebuah hospital di Klang dan akan ditempatkan di Rumah Perlindungan kanak-kanak, Rembau, Negeri Sembilan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini