MDHS tutup jalan sempena hari tanpa kenderaan - Utusan Malaysia

MDHS tutup jalan sempena hari tanpa kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Mac – Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS akan melakukan penutupan sementara Jalan Persiaran As-salam dan Jalan Orkid untuk memberi laluan kepada penganjuran acara ‘Hulu Selangor: Hari Tanpa Kenderaan’.

MDHS dalam kenyataan di laman web rasminya memaklumkan, Jalan Orkid akan ditutup selama dua hari iaitu Jumaat dan Sabtu ini manakala Jalan Persiaran As-Salam pula ditutup hanya pada hari Sabtu bermula dari pukul 5 pagi hingga 12 tengah hari.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Jabatan Pembangunan Masyarakat di talian 03-60641155. – UTUSAN ONLINE

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini