MDHS sita kilang haram - Utusan Malaysia

MDHS sita kilang haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Mac – Sebuah kilang kitar semula di kawasan perindustrian Zuhrah dekat sini yang didakwa menyebabkan pencemaran sungai di sita Majlis Daerah Hulu Selangor dalam Operasi Penyitaan Kilang Kitar Semula Plastik baru-baru ini.

MDHS dalam satu kenyataan memberitahu, antara barangan yang dirampas adalah kipas, pemecah konkrit, pemotong besi dan komputer kamera litar tertutup (CCTV).

“Pihak kami telah melakukan pemeriksaan dan mendapati kilang itu beroperasi tanpa lesen dan pernah dikenakan tindakan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa tempatan di Daerah Kuala Langat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“MDHS akan terus komited dalam usaha membanteras aktiviti kitar semula plastik import secara haram dan tidak mematuhi syarat-syarat teknikal lain,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini