MDHS anjur program gotong-royong bersama peniaga - Utusan Malaysia

MDHS anjur program gotong-royong bersama peniaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Mac – Kira-kira 70 kakitangan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) termasuk peniaga kedai makan bergotong-royong membersihkan kawasan persekitaran premis di Dataran Kuala Kubu Baru, semalam.

MDHS dalam satu kenyataan berkata, program berkenaan adalah julung kali dilaksanakan oleh Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta bagi memberi kesedaran kepada peniaga berkenaan tanggungjawab menjaga kebersihan di kawasan premis.

“Peniaga perlu memainkan peranan dalam memastikan premis yang disewa agar sentiasa kemas dan bersih bukan bergantung semata-mata kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) sahaja,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Majlis perasmian program Gotong-Royong MDHS Bersama Peniaga Premis 2019 itu disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Amlie Ismail.

Tambahnya, selain menerapkan semangat kerjasama dan sikap bertanggungjawab, ia juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara peniaga dan kakitangan MDHS.

Usaha tersebut turut mendapat kerjasama dengan Jabatan Landskap dan Jabatan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam dengan melakukan kerja-kerja pembersihan sekitar premis termasuk longkang, tandas, surau, memotong rumput dan mengutip sampah.

Katanya, MDHS akan meneruskan lagi program seumpama ini dan akan memberi penumpuan di kawasan lain seperti pasar bagi memastikan setiap premis di bawah PBT itu sentiasa dalam keadaan indah, bersih, ceria dan selesa untuk digunakan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini