KUALA LUMPUR 5 Mac – MCA dan MIC menegaskan hanya akan menghadiri Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) yang sah bagi mengelakkan sebarang pertikaian undang-undang. Dalam kenyataan yang dikeluarkan secara bersama, kepemimpinan dua komponen BN menjelaskan, mesyuarat bersama MCA dan MIC semalam telah membuat ketetapan bahawa pelantikan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sebagai Setiausaha Agung BN adalah tidak mengikut Perlembagaan parti tersebut. Oleh demikian, kedua-dua parti itu telah menyampaikan pendirian…










