MCA, MIC cadang bubar BN - Utusan Malaysia

MCA, MIC cadang bubar BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Mac – MCA dan MIC mencadangkan supaya Barisan Nasional (BN) dibubarkan supaya kedua-dua parti itu boleh meneroka peluang pakatan politik baharu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan secara bersama, kedua-dua parti menyatakan kekecewaannya dengan perkembangan semasa yang menyaksikan asas kesefahaman dalam BN tersebut tidak lagi dihormati.

“MCA dan MIC sebagai wakil kepada komuniti masing-masing menyedari bahawa perubahan yang membentuk BN hari ini telah ditolak oleh komuniti masing-masing, maka (MCA dan MIC) mencadangkan pembubaran atau penstrukturan semula untuk (BN) kembali kepada semangat dan tujuan asalnya.

“Sehubungan itu, MCA dan MIC tidak ada pilihan lain kecuali untuk meneruskan langkah untuk meneroka pakatan baharu yang menggambarkan tujuan sebenar penyatuan dalam kepelbagaian dalam niat asalnya,” katanya.

Kenyataan tersebut ditandatangani Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dan Presiden MIC, Tan Sri SA. Vigneswaran. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN