PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menepis khabar angin kononnya beliau merestui langkah menggantikan Menteri Besar Perak yang sedia Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. “Mengarut,” kata Mahathir yang merupakan pengerusi Pakatan Harapan (PH) apabila diminta mengulas kenyataan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak dari UMNO kononnya beliau merestui seorang anggota exco sebagai Menteri Besar Perak yang baharu. Ketika ditemui pemberita selepas melancarkan program Ikon Remaja Wilayah Persekutuan…










