Maza mengalami mimpi buruk di siang hari - Siti Kasim - Utusan Malaysia

Maza mengalami mimpi buruk di siang hari – Siti Kasim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Mac – Aktivis masyarakat menyifatkan Mufti Perlis Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin mengalami mimpi ngeri di siang hari berkaitan isu perhimpunan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di ibu negara.

Mufti Perlis sindir Ahli Parlimen Pakatan Harapan?
DR. MOHD. ASRI ZAINUL ABIDIN

Dalam satu hantaran di Facebook, Siti Kasim berkata, perhimpunan LGBT tidak berlangsung pada Sabtu lalu. Sebaliknya, menurut beliau, perhimpunan yang dihadirinya adalah perarakan wanita yang meminta lelaki membuat keputusan berkaitan pelbagai isu.

“Maza tak tau ke? Kita punya Menteri dah cakap per… mana ada LGBT kat Malaysia ni… Maza mesti mengalami mimpi buruk di siang hari. Mana ada perhimpunan LGBT.

“Apa yang saya sertai adalah perarakan wanita yang meminta lelaki membuat keputusan berkaitan pelbagai isu. Secara asas meminta mereka untuk tidak jadi bodoh dan hina,” kata Siti Kasim di Facebook beliau.

Hentikan keganasan, hormati perempuan antara agenda yang diperjuangkan dalam perarakan wanita
Hentikan keganasan, hormati perempuan antara agenda yang diperjuangkan dalam perarakan wanita Sabtu lalu.

Semalam  Mohd. Asri berkata,  tindakan penyokong LGBT berhimpun secara haram dan berarak di ibu negara, bukan hanya bertentangan dengan syariat Islam dan naluri insani, malah ‘menghairankan haiwan’.

Menurutnya, sebagai manusia biasa mereka memang berhak berkumpul untuk mempertahankan hak mereka, selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam dan naluri insani.

“Manusia biasanya berkumpul dan melaungkan perasaan untuk menuntut hak yang Tuhan berikan tapi telah dicabuli atau mencari kebaikan demi membela fitrah insani. Malangnya bagi golongan songsang, mereka berhimpun dan menjerit menuntut supaya kesongsangan hidup mereka diiktiraf.

“Mereka bukan sahaja mendedahkan keaiban diri mereka bahkan mendedahkan betapa mereka itu ‘cacat’, mencacatkan fitrah.

“Perarakan seperti itu bukan sahaja menghairankan manusia yang menuruti fitrah yang Allah tetapkan, tapi ia juga boleh ‘menghairankan’ alam haiwan yang sentiasa berada atas ketetapan ciptaan Tuhan,” katanya dalam entri terbaharu menerusi laman Facebooks rasminya Dr Maza.com.

Media melaporkan lebih beratus-ratus orang dikatakan menyertai perarakan Women’s March yang bermula berhampiran pusat beli belah Sogo sebelum kumpulan berkenaan berarak ke Masjid Jamek.

Difahamkan, ia disertai beberapa badan bukan kerajaan (NGO) antaranya Women’s Aid Organization (WAO), Sisters In Islam (SIS) dan aktivis serta pelajar.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×