KUALA LUMPUR 29 Mac – Mayat dipercayai seorang wanita ditemukan terapung di sebuah lombong pasir di SKC Bukit Beruntung, Bukit Sentosa dekat sini semalam.
Mayat wanita dewasa tanpa identiti itu ditemukan kira-kira pukul 2 petang oleh orang awam dalam keadaan tubuh badannya telah kembung.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Lim Bak Phai berkata, hasil pemeriksaan di lokasi kejadian, mayat mangsa didapati tersangkut pada jeti kayu yang telah runtuh.
Ujarnya, hasil siasatan lanjut, mayat tersebut berkemungkinan telah hanyut dibawa oleh arus sungai.
“Sehubungan itu, mayat tersebut kemudian dihantar ke hospital bagi bedah siasat
“Kes ini kita siasat sebagai mati mengejut sementara menunggu laporan bedah siasat yang dilakukan terhadap mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE











