KEPALA BATAS 29 Mac – Seorang pekerja kilang tidak sempat tiba di tempat kerjanya selepas maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas sendiri di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan di sini awal pagi tadi. Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 5.40 pagi tadi ketika mangsa, Idzhar Darus, 47, dalam perjalanan ke tempat kerjanya di sebuah kilang di bahagian pulau. Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Noorzainy Mohd. Noor, setibanya…










