Maszlee jamin elaun Pengawas Peperiksaan SPM 2018 dibayar - Utusan Malaysia

Maszlee jamin elaun Pengawas Peperiksaan SPM 2018 dibayar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Mac – Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik memberi jaminan elaun Pengawas Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 akan dibayar dan diselesaikan pada penghujung bulan ini.

Menurut Maszlee, beliau telah menerima aduan berkaitan kelewatan pembayaran elaun tersebut.

Sehubungan itu, beliau telah menyiasat aduan tersebut dan telah meminta proses pembayaran disegerakan bagi menghargai khidmat bakti guru-guru yang terlibat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tindakan sewajarnya telah diambil dan Jabatan Pendidikan Negeri di seluruh negara kini dalam proses melaksanakan pembayaran.

“Kementerian Pendidikan memberi jaminan bahawa proses pembayaran ini akan diselesaikan sepenuhnya pada penghujung Mac 2019.

Dr. Maszlee turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat kerana bersabar serta memohon maaf atas kesulitan yang tak dijangkakan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini