Masjid di Ashburton 'sasaran ketiga' suspek - Utusan Malaysia

Masjid di Ashburton ‘sasaran ketiga’ suspek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHRISTCHURCH 21 Mac – Sebuah masjid di kawasan luar bandar Canterbury dipercayai menjadi ‘sasaran ketiga’ pengganas warga Australia yang ditahan selepas melancarkan serangan di dua buah masjid di sini.

Stuff New Zealand melaporkan, Pesuruhjaya Polis, Mike Bush berkata, pihaknya mengenal pasti lokasi serangan seterusnya selepas suspek bertindak menyerang masjid di Deans Avenue dan Linwood.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan lokasi ‘ketiga’ berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lelaki berusia 28 tahun itu ditahan 21 minit selepas polis menerima panggilan kecemasan 111 ketika suspek memandu di Brougham Street.

Melalui manifesto yang disiarkan sebelum melakukan serangan, suspek menyatakan rancangannya berubah selepas ‘berada’ di masjid di Christchurch serta Linwood dan melihat sasaran masjid di Ashburton di Mid Canterbury yang dahulunya adalah sebuah gereja.

Suspek juga menyatakan tidak pasti sama ada dapat tiba ke Ashburton.

Presiden Komuniti Islam Ashburton, Mohamed Diab memberitahu, pihaknya dimaklumkan Ashburton berada dalam sasaran pada pukul 2.30 petang Jumaat lalu.

Beliau kemudiannya menghubungi pihak polis.

Perasaan lega muncul selepas diberitahu suspek telah ditahan.

Bagaimanapun, ramai jemaah masih melahirkan rasa bimbang dengan tahap keselamatan.

Masjid itu ditutup sehingga Isnin ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini