KUALA LUMPUR 2 Mac. – Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) yang mempunyai keahlian lebih 51,000 orang di seluruh negara mungkin terpaksa melupakan sebahagian besar acara sukan anjuran persatuan itu berikutan ketiadaan pihak yang berminat membantu menyumbangkan peruntukan yang diperlukan. Buat pertama kalinya, MSDeaf merasakan 2019 sebagai tahun `gelap dan kelam’ kerana acara sukan yang selama ini menjadi ikatan dalam hubungan sesama mereka, terpaksa dibatalkan melibatkan acara dalam dan luar…










