Marzuki dilantik Pengerusi Bersatu Perlis - Utusan Malaysia

Marzuki dilantik Pengerusi Bersatu Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Marzuki Yahya dilantik sebagai Pengerusi Bersatu Perlis dan Pakatan Harapan (PH) Perlis buat sementara waktu.

Beliau menggantikan Amier Hassan yang ‘direhatkan’ daripada menyandang jawatan dalam parti di peringkat bahagian dan negeri. Langkah serupa turut melibatkan bekas Setiausaha Bersatu negeri, Wan Saiful Wan Jan.

Mereka, bagaimanapun, masih boleh menjadi Ketua Cawangan di Pusat Daerah Mengundi (PDM) masing-masing.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bercakap pada sidang akhbar di sini hari ini, Marzuki berkata, jawatan Ketua Bersatu Bahagian Arau yang disandang Amier kini diambil alih oleh timbalannya, Maton Din.

“Namun kerja-kerja parti di peringkat bahagian itu diketuai dan diselia oleh saya sendiri,” katanya.

“Masalah yang dikaitkan dengan Bersatu Perlis, menurut Marzuki, hanyalah salah faham dan kesilapan teknikal yang lumrah berlaku dalam mana-mana parti.

“Kita menghargai jasa dan pengorbanan Amier dan Wan Saiful…mereka boleh bertanding semula pada pemilihan parti  negeri yang dijangka diadakan selewat-lewatnya Oktober ini,” katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini