WELLINGTON 23 Mac – Manifesto ketuanan kulit putih yang dipercayai ditulis oleh pengganas yang melakukan serangan bersenjata di dua masjid di Christchurch pada minggu lalu secara rasmi hari ini diklasifikasikan sebagai bahan larangan dan diharamkan.
MANIFESTO yang dipercayai ditulis oleh pengganas kulit putih warga Australia ini telah diharamkan di New Zealand. -AGENSI
NZ Herald melaporkan, perkara itu telah disahkan oleh Pejabat Klasifikasi Filem dan Sastera New Zealand.
Memuatkan artikel berkaitan…
Ketua Penapisannya, David Shanks menggesa sesiapa yang mempunyai salinannya untuk memusnahkan bahan tersebut.
“Memilikinya adalah satu kesalahan kerana dokumen tersebut mempromosikan pembunuhan dan keganasan,” katanya di sini hari ini. -AGENSI











