Malaysia, Pakistan menegaskan semula komitmen bekerjasama dalam isu umat Islam - Utusan Malaysia

Malaysia, Pakistan menegaskan semula komitmen bekerjasama dalam isu umat Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD – Malaysia dan Pakistan mengesahkan komitmen mereka untuk bekerjasama dengan lebih rapat dalam isu-isu yang memberi kesan kepada dunia Islam termasuk usaha bersama dalam menekankan sensitiviti Islam yang menyasarkan keperibadian suci dan kepercayaan agama Islam.

Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan sempena lawatan rasmi selama tiga hari Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad ke Pakistan sejak Khamis, sebagai dua negara Islam yang cintakan kedamaian,  Mahathir dan rakan sejawatannya dari Pakistan, Imran Khan bersetuju untuk meningkatkan usaha dan kerjasama mereka bagi menegakkan nilai-nilai sebenar Islam dalam forum antarabangsa sambil memperkuat perpaduan umat Islam.

Dalam kenyataan itu, kedua-dua pemimpin juga menekankan bahawa keganasan tidak boleh dikaitkan dengan mana-mana agama atau kepercayaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kedua-dua pemimpin bertukar-tukar pendapat mengenai situasi di Palestin dan di Rakhine, Myanmar yang membabitkan kaum Muslim Rohingya. Mengenai isu Palestin, kedua-dua negara bersetuju untuk menyumbang secara positif dalam forum lain, terutamanya dalam Jawatankuasa Enam mengenai Palestin Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di mana Malaysia dan Pakistan adalah anggota, “kata kenyataan itu.

Kenyataan itu menambah bahawa Malaysia mengambil maklum terhadap usaha-usaha anti-keganasan secara besar-besaran yang berjaya dilakukan Pakistan dalam usaha menghapuskan keganasan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini