Malaysia, Pakistan fahami kekuatan masing-masing - Utusan Malaysia

Malaysia, Pakistan fahami kekuatan masing-masing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD – Lawatan rasmi tiga hari Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terbukti menjadi misi yang bermanfaat terutama dalam  memahami kekuatan masing-masing untuk kepentingan bersama terutama dalam jangka panjang.

“Terdapat banyak perkara yang kedua-dua negara  boleh saling melengkapi, terutama sebagai negara Islam.

“Terdapat banyak bidang (untuk kerjasama antara Malaysia dan Pakistan) Tetapi (sebelum ini), kita tidak tahu tentang keupayaan mereka dan mereka tidak mengetahui keupayaan kita. Hanya apabila kita berada di sini, kita dapat melihat kekuatan mereka,” kata Mahathir kepada media Malaysia pada akhir lawatannya Sabtu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pakistan hari ini bukan Pakistan yang sama yang pernah  beliau kunjungi pada tahun 1984, 1997 dan 2002, ketika menjadi perdana menteri buat kali pertama.

Ramai yang menganggap Pakistan sebagai “negara ketenteraan yang miskin” kerana persepsi buruk terhadap negara itu. Dan tidak ramai yang mengetahui  bahawa negara Asia Selatan itu adalah pengeluar kenderaan tentera dan jet pejuang JF-17 Thunder, sebenarnya mereka menjual produk tersebut ke negara lain. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini