KUALA LUMPUR 14 Mac- Skuad Bawah 19 tahun (B-19) negara gagal meraih keputusan positif dalam aksi pembukaan Kumpulan A apabila tewas 0-2 kepada Aumori Yamada Kejohanan Piala Sanix di Stadium Global Arena, Fukuoka, hari ini.
Beraksi dalam suhu di bawah 9 darjah celsius, pemain negara sukar untuk menyesuaikan diri dengan permukaan padang yang berbeza dengan padang latihan.
Dalam aksi separuh masa pertama Aomori Yamada berjaya mengusai perlawanan dengan melancarkan serangan bertali arus ke kubu pertahanan negara ketika skuad kendalian Bojan Hodak masih tercari-cari rentak permainan.
Usaha pasukan lawan yang kerap kali melancarkan serangan akhirnya membuah hasil apabila memperolehi gol pendahuluan menerusi Yudai Fuziwara sebelum tamat babak pertama.
Bersambung babak kedua, skuad negara cuba bangkit namun Aomori Yamada berjaya menjaringkan gol kedua hasil ledakan Yoshitaka Furusawa pada waktu kecederaan. – UTUSAN ONLINE











